~10 Tempat Makan Menarik di Sungai Buloh~
Orang cakap Sungai Buloh ni terkenal dengan syurga makanan. Cakap je nak makan apa.. macam-macam jenis makanan ada.
So, harini admin nak share 10 tempat makan menarik di Sungai Buloh dengan kepelbagaian pilihan makanan. Sebenarnya ada banyak je lagi kedai makan yang best, ni antara yang top la..
1. Malaya Grill (Kambing grill)
Kepakaran dalam menu grill & western dan yang paling mendapat pilihan sudah semestinya kambing grill.
Waktu operasi: 4.00pm-12.00am
Lokasi: Medan Selera Bandar Baru Sungai Buloh
2. IZI Stesen (Shellout)
Shellout asam pedas pertama di Malaysia. Selain asam pedas, ada juga buttermilk dan blackpepper.
Waktu operasi: 4.30pm-12.00am
Lokasi: Medan Selera MBSA, Sungai Buloh
3. Warung Kita (Nasi Kukus)
Selera pantai timur dan nasi menyerupai nasi Kak Wok.
Waktu operasi: 7.00am-7.00pm
Lokasi: Kg. Melayu Sungai Buloh
4. Char Kuey Teow Tsunami (Char Kuey Teow Ketam Tsunami)
Seekor ketam, seekor sotong dan 5 ekor udang dalam satu hidangan.
Waktu operasi: 5.00pm-2.00am
Lokasi: Tasik Biru Kundang (bersebelahan D’Anjung Steamboat)
5. Mee Racun Titan (Mee racun)
Mee racun maut yang sangat sedap. 1 mangkuk besar boleh sampai 5 orang tau.
Waktu operasi: 5.00pm-12.00am
Lokasi: Medan Selera MBSA, Sungai Buloh
6. Anj Burger Grill & Western (Burger Grill)
Burger bakar terbaik dan rasailah dengan suasana kafe yang hipster.
Waktu operasi: 12.00pm-11.30pm
Lokasi: Kg. Melayu Sungai Buloh
7. Ilin Cendol House (Cendol)
Pelbagai variasi cendol dan terdapat juga menu makanan lain.
Waktu operasi: 11.00am-7.00/11.00pm
Lokasi: Jalan Kuang
8. Restoran Abdul Briyani Power (Briyani Kambing)
Nasi Briyani Batu Pahat terbaik. Best in town.
Waktu operasi: 8.00am-7.30pm
Lokasi: Medan Selera Utara Fasa 4, Bandar Baru Sungai Buloh
9. Sate Sri Subang (Sate)
Isi besar dan tak banyak lemak. Ramai yang cakap sate ni lagi sedap dari sate Kajang.
Waktu operasi: 5.30pm-11.00pm
Lokasi: Jalan Kuang (Simpang Sg. Plong menghala ke Kuang)
10. Kafe D’Manggis (Buffet Steamboat & BBQ)
Menyediakan buffet steamboat & BBQ serta pelbagai pilihan ala carte dan set hidangan.
Waktu operasi: 6.00pm-11.30pm
Lokasi: Jalan Kuang
Harap sharing ni dapat bantu ualls untuk cari tempat makan best area Sg. Buloh ok. Orang cakap sharing is caring.. betul ke? hehehee