ABOUT US

Malaya Grill pada awalnya merupakan sebuah entiti yang menjalankan perniagaan katering yang melibatkan masakan kambing termasuklah kambing golek. Malaya Grill dibangunkan oleh Chef Khairol Nizafi dan Puan Norhasyimah sejak tahun 2014. Mereka adalah pasangan suami isteri yang merupakan anak kelahiran Perak dan sekarang menetap di Bandar Baru Sungai Buloh.

 Keduanya-duanya lebih mesra dengan panggilan Pn.Syima dan Chef Khairul.Pn. Syima merupakan lulusan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan pernah berkhidmat sebagai Guru sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Dalam pentadbiran Malaya Grill, Pn.Syima bertindak sebagai Pengarah Urusan.Manakala Chef Khairul yang dahulunya seorang Cook TLDM tapi kini beliau merupakan Pengarah Operasi di Malaya Grill.

 Selepas 4 tahun menjalankan operasi perniagaan katering, Malaya Grill mula mengorak langkah baru dengan menubuhkan kafe Malaya Grill yang terletak di Bandar Baru Sungai Buloh. Kafe ini dilancarkan pada 1 Januari 2018 dan memulakan operasinya pada 2 Januari 2018.

Kafe Malaya Grill menyediakan pelbagai jenis makanan "Western & Grill" yang pasti menambat hati penggemarnya. Masakan grill ini diilhamkan dari kambing golek yang semestinya sudah menjadi kepakaran Malaya Grill.

No comments:

Post a Comment

NASI ARAB MALAYA

Nasi Arab In The House... Hai uallsss.. Admin ada berita gembira nak bagitau ni. Malaya Grill dah keluarkan menu baru khas untu...